Monday, June 20, 2005

Damsyik

- Damsyik berada di garisan bujur30 ƒَ37 darjah ke Timur dan di garisan lintang30 ƒَ33 darjah ke Utara.
- Ia merupakan Ibu Negara Republik Syria.
- Damsyik dikenali sepanjang zaman sebagai salah sebuah bandar yang mempunyai banyak sungai dan terusan.
- Pada peringkat awal pembangunan bandar Damsyik, ia muncul sebagai sebuah bandar pertanian kecil-kecilan yang berada di dalam kawasan yang dikenali sebagai "Sungai Bardi", walau bagaimanapun pasar banyak berkembang di sana disebabkan oleh kedudukannya yang strategik sebagai sebuah pusat perdagangan.
- Bandar Damsyik telah wujud semenjak alaf ke tiga Sebelum Masihi lagi, sebagai sebuah bandar yang maju dan berkembang malah sebagai pusat pemerintahan kerajaan Al-Aramiah, oleh yang demikian ia dianggap sebagai salah sebuah bandar tertua yang didiami di atas muka bumi ini.
- Kedudukan Damsyik yang strategik, berada di persimpangan jalan menuju ke Iraq dan semenanjung tanah Arab banyak membantu menjadikannya sebagai sebuah pusat perdagangan yang terpenting.
- Gerakan pembukaan kawasan Islam telah berjaya memasuki bandar Damsyik di bawah pimpinan Khalid bin Al-Walid dan Abu Ubaidah bin Al-Jarrah r.a.
- Kemudian pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufian r.a, beliau telah menjadikan bandar Damsyik sebagai Ibu negara Khilafah Umawiyyah sehinggalah gugurnya kerajaan Umawiyyah manakala pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiah, ia dijadikan sebagai salah satu dari wilayah kekuasaannya. Bandar Damsyik pernah di diami oleh Khalifah Al-Abbasi Al-Mutawakkil untuk beberapa ketika.
- Di dalam sejarah perkembangannya, Damsyik pernah beberapa ketika melalui zaman kegentingan sehinggalah ia dapat dikembalikan oleh pahlawan yang bernama Nuruddin Mahmud pada tahun 549 Hijrah bersamaan 1154 Masihi di samping membuka zaman barunya yang penuh dengan kegemilangan dan kekuatan.
- Damsyik telah mencapai kemuncak kegemilangannya pada zaman pemerintahan Salahuddin Al-Ayubi.
- Selepas itu Damsyik telah kembali ke zaman kegemilangan yang pernah dilaluinya di mana ia menjadi sebuah wilayah kerajaan Mamluki, kemudian menjadi sebuah wilayah Othmaniah yang diberi perhatian penting oleh pemerintah Kerajaan Othmaniah kerana kedudukannya yang istimewa di dalam lapangan keagamaan dan perdagangan.
- Damsyik juga telah dikenali sebagai sebuah bandar pusat pengajian kerana ia mempunyai banyak sekolah agama pada zaman pemerintahan Islam yang pertama. Di mana pada zaman pemerintahan Salahuddin Al-Ayubi sahaja bilangan pusat pengajian telah mencapai sebanyak 20 buah pusat pengajian yang terbesar seperti Sekolah Al-Aadiliyah, Sekolah Az-Zahiriyah, sekolah Al-Jamqumiyah, Sekolah Ar-Rawaahiyyah, Sekolah As-Solaahiyyah, Sekolah As-Asadiyyah, Sekolah Al-Asruuniyyah, Sekolah Al-Aziziyyah dan sebagainya.
- Selain dari itu terdapat beberapa buah perpustakaan yang terkenal di Damsyik seperti perpustakaan sekolah Al-Aadiliyah.
- Suatu ketika dahulu bandar Damsyik juga terkenal dengan hospital Universiti dan sekolah perubatan.
- Pada zaman pemerintahan Islam Damsyik terkenal dengan beberapa orang tokoh ulama seperti: Al-Hafiz Abdul Aziz bin Ahmad At-Tamimi, Al-Hafiz Abu Zar'ah salah seorang ahli Hadis, Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, Ibnu Asakir, Abu Syamah, Ibnu Kathir, Ibnu Malik, Ibnu As-Syatir, Ar-Rasid, Ibnu Al-Baitar dan Ibnu An-Nafis.
- Di antara masjid yang terkemuka pula ialah Masjid Al-Umawi dan ia merupakan mercu tanda bandar Damsyik serta peninggalan sejarah yang utama ialah Kota Damsyik.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home