Bukit Uhud
Bukit Uhud
Bukit ini adalah salah sebuah bukit terbesar dan terpanjang di Madinah. Letaknya di bahagian utara Madinah iaitu kira-kira 5km dari pusat bandar. Di tempat inilah berlakunya peperangan sengit di antara tentera Islam dan tentera musyrikin dari Makkah. Peperangan ini berlaku pada bulan Syawal tahun ketiga Hijrah.
Mengenai keistimewaan Bukit Uhud pula, Rasullah S.A.W telah bersabda:
” هذا جبل يحبنا ونحبه“
Maksudnya: “Bukit ini (Uhud) mencintai kami dan kami mencintainya.”
Peperangan Uhud
Selepas kekalahan tentera musyrikin dalam peperangan Badar yang berlaku pada bulan Ramadhan tahun kedua Hijrah, mereka merancang untuk membalas dendam di atas kekalahan tersebut. Mereka mula mengumpulkan satu tentera yang besar dan mengeluarkan belanja yang banyak utk tujuan tersebut. Tentera itu dikatakan mempunyai 3 ribu orang tentera, 3 ribu ekor unta, 2 ratus ekor kuda dan 3 ratus perisai pertahanan. Mereka mula berarak dari Makkah sehingga sampai ke Zulhulaifah dan Lembah Qanat iaitu di Selatan Bukit Uhud dan di Timur bukit Ar-Rumah (Pemanah) atau nama asalnya Bukit Ainain.
Sebaik sahaja mereka mula bergerak, Abbas Bin Abd Mutalib R.A bapa saudara Rasullullah S.A.W menghantar berita kepada Rasulullah S.A.W tentang kekuatan dan kemaraan tentera Quraisy ini. Rasulullah pun menghantar beberapa orang perisik utk menyiasat pergerakan dan persediaan tentera Quraisy itu. Perisik2 ini berjaya mendapat banyak berita dan keterangan yang dikehendaki.
Apabila cukup maklumat2 penting tentang tentera Musyrikin itu Rasulullah pun bertindak mengumpul sahabat (syura) tentang tindakan yang akan diambil. Rasulullah berpendapat tentera Muslimin lebih elok mempertahankan diri di Bandar Madinah, tetapi ramai sahabat memilih utk keluar bandar dan menyekat tentera musyrikin di sana. Baginda pun menerima pendapat majoriti itu walaupun pendapat baginda utk bertahan di dalam Madinah itu adalah lebih logik dan munasabah. Ini adalah kerana tentera musyrikin mungkin dapat menawan Madinah dalam masa yg singkat. Manakala tentera Islam pula akan dapat mengalahkan mereka dengan mudah kerana mereka lebih tahu tentang selok- belok bandar mereka(Madinah).
RasululLah pun mengenakan pakaian perangnya (baju besi). Apabila melihat tindakannya ini, para sahabat pun mula merasa gerun dan menyesal kerana mencadangkan utk keluar bertempur di luar Madinah. Baginda lantas memberitahu mereka : “Apabila RasululLah memakai perangnya dia tidak akan membuangnya sehinggalah Allah membuat hukuman di antaranya dan musuh”.
Seterusnya tentera Islam yang terdiri daripada 1000 orang tentera, dua ekor kuda dan 100 perisai pertahanan pun memulakan langkah mereka. Dalam perjalanan keluar dari Madinah, Baginda mendapati ada sekumpulan tentera yang tidak Baginda kenali. Apabila Baginda bertanya, Baginda diberitahu bahawa mereka adalah orang Yahudi yang ada kaitan dengan Abdullah Bin Ubai. RasululLah lalu bersabda : “Jangan sesekali meminta pertolongan daripada orang kafir untuk menentang sesama kafir.”
Baginda pun menyuruh Yahudi itu membuat pilihan samada memeluk Islam ataupun keluar daripada pasukan tentera. Ternyata mereka memilih utk keluar daripada barisan tentera Islam. Rentetan daripada itu golongan munafiqin pengikut kepada Ibnu Ubai juga keluar bersama mereka. Ini kerana perancangan mereka membawa orang kafir tadi adalah sebagai musuh dalam selimut kepada tentera Islam, tetapi rancangan jahat mereka telah gagal dengan penolakan Rasulullah S.A.W terhadap kedatangan orang kafir itu. Pemergian mereka menjadikan bilangan tentera Islam tinggal hanya 700 orang sahaja.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home