Masjid Quba’
Masjid Quba’ terletak di perkampungan Quba’, kira-kira 3 km dari arah selatan bandar Madinah. Nama Quba’ diambil daripada nama sebuah telaga yang berada di tempat itu. Masjid ini berbentuk empat persegi dan luas kawasannya kira-kira 5035 m persegi pada masa sekarang. Masjid Quba’ ini merupakan masjid pertama yang dibina dalam sejarah Islam yang diasaskan atas dasar taqwa dan iman yang padu.
Pada hari Isnin 8 Rabiul Awal bersamaan 23 September 622 Masihi Rasulullah telah tiba di perkampungan Quba’ dalam perjalanan hijrah dari Makkah. Baginda tinggal di sana selama empat hari bersama Bani ‘Amru bin Auf di rumah Klthum bin Al-Hadm. Pada hari pertama tersebut Rasulullah terus membina Masjid Quba’, iaitu masjid yang pertama dibina dalam sejarah umat ini. Rasulullah sendiri turut mengangkut b-bata dan pasir-pasir bersama para sahabat.
Asy-Syimus binti An-Nu’man menceritakan : “Aku melihat Rasulullah ketika membina masjid ini. Baginda memikul batu-bata di atas belakangnya sehingga bongkok tubuhnya. Debu-debu dan pasir penuh di tubuh dan bajunya. Apabila salah seorang sahabat meminta untuk mengambil bebanan itu daripadanya, Baginda tidak membenarkannya, sebaliknya menyuruh mereka membawa bebanan lain sepertinya”. Setelah itu Rasulullah mengimami solat berjemaah secara terbuka bersama para sahabat di Masjid Quba’, berkiblatkan Masjd Al-Aqsa pada waktu itu.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home