Thursday, November 11, 2010

Tasik Qarun

Terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar Al Fayyum.Qarun adalah salah seorang sepupu Nabi Musa yang sangat kuat beribadah dan berilmu tetapi sangat miskin. Berkat doa Nabi Musa,beliau menjadi kaya raya.Abdullah ibnu Abbas(r.a) ada meriwayatkan bahawa anak kunci gudang hartanya sangat banyak sehingga memerlukan 40 orang lelaki gagah perkasa untuk memikul semua anak-anak kunci itu.Itu baru anak kunci gudang hartanya,cubalah kita sama-sama bayangkan bagaimana pula banyaknya harta si Qarun tu yer...???!!!Qarun menjadi sombong lagi bongkak.Dia menjadi lupa daratan dan sangat kedekut untuk bersedekah dan membantu orang2 yang memerlukan pertolongan.Akhirnya Allah Taala tenggelamkan Qarun bersama-sama hartanya ke dalam perut bumi.Adalah diriwayatkan Tasik Qarun itu adalah sebahagian dari kesan tenggelamnya Qarun akibat balasan azab Allah tersebut.

Tempat bersejarah Islam

Klik >>>>

http://ibnuumar.blogspot.com/2007/12/masjid-bersejarah-islam.html