Wednesday, August 17, 2005

KAHERAH



- Bandar Kaherah terletak di pinggir dua tebing Sungai Nil di garisan lintang 30° 6ó darjah ke Timur dan di garisan bujur 31° 26ó darjah ke Utara

- Menelusur sejarah bandar Kaherah, ia kembali kepada zaman pembukaan Islam di Mesir di bawah pimpinan seorang sahabat terkemuka yang bernama Amru bin Al-As pada tahun 21 Hijrah. Pembukaan tersebut adalah merupakan satu kebaikan kepada umat Islam kerana di setiap tempat yang mereka kuasai mereka mengasaskan bandar-bandar baru sebagai tempat yang menjadi alternatif kepada umat Islam dan kemaslahatan Islam.

- Amru bin Al-As telah mengasaskan bandar Fustat yang terletak di Utara benteng Babilon, di mana bandar ini menjadi pusat perkumpulan pertama tentera Islam.

- Apabila tampuk pemerintahan berpindah kepada Bani Al-Abbas, mereka mengasaskan pula sebuah bandar lain yang baru bagi kerajaan mereka yang pesat membangun sehingga ke Timur Laut Fustat yang dikenali dengan nama Al-Hamra' Al-Qaswa.

- Kemudian Al-Fadhl bin Soleh membina bandar baru yang dinamakan dengan Al-Askar, setelah beberapa ketika bandar Al-Askar digabungkan dengan bandar Fustat.#- Manakala pada zaman pemerintahan kerajaan Ahmad bin Tolun pula, beliau telah mengasaskan bandar lain yang dinamakan dengan Al-Qataei' pada tahun 256 Hijrah. Perancangan bandarnya banyak terpengaruh dengan bandar Saamira'.

- Apabila Al-Fatimiyyun memegang tapuk pemerintahan bandar Kaherah, Jauhar As-Saqli selaku ketua turus tentera Al-Muiz pada masa tersebut telah mengasaskan bandar Kaherah pada tahun 359 Hijrah, serta membina tembok dari batu bata yang berbentuk empat persegi di sekelilingnya. Panjang setiap sisinya ialah sepanjang 1200 ela. Tembok tersebut dibina di atas sebidang tanah seluas 340 ekar.

- Semenjak bandar Kaherah dibangunkan, ia banyak mempunyai ciri-ciri perbezaan dengan seni binanya yang indah berbanding dengan bandar-bandar yang lain malah pemimpin kerajaan Al-Fatimiyyin, Al-Ayubiyyin dan Al-Mamalik silih berganti membangunkannya dalam bentuk yang paling menarik.

- Sebagaimana yang telah dinyatakan bahawa bandar Kaherah telah mengalami beberapa perubahan dan pembangunan pada setiap zaman, terutamanya pada zaman pemerintahan Sultan An-Nasir Salahuddin Al-Ayubi.

- Di antara mercu tanda Islam yang masih ada di Kaherah sehingga sekarang ialah Masjid Amru bin Al-As dan Masjid Al-Azhar. Di samping itu bandar Kaherah juga terkenal sebagai sebuah bandar yang mempunyai banyak masjid. Kaherah adalah merupakan bandar pertama yang berjaya dimasuki oleh Islam di benua Afrika dan hasil dari sikap terlalu mementingkan pembinaan masjid, Kaherah di gelar dengan nama "Bandar Seribu Menara".

- Selain dari itu pembinaan beberapa buah pasar, hospital, taman, perpustakaan dan sekolah-sekolah lama turut dibuat terutamanya pada zaman pemerintahan Solahuddin Al-Ayubi.

- Di samping itu juga Kaherah popular dengan sebuah bandar yang mengeluarkan ramai dari kalangan ulama yang terkemuka di dalam berbagai bidang. Contohnya Imam Asy-Syafie sebagai Imam salah satu dari mazhab terbesar fekah telah terkemuka di dalam bidang syariah di sisi ahli sunnah, Al-Laith bin Saad terkenal sebagai Imam bagi penduduk Mesir, Abu Al-Qasim Abdul Rahman bin Abdullah terkenal sebagai seorang pakar sejarah dari kalangan ahli ilmu dan hadis.

- Di sudut bahasa pula di antara ulama yang terkenal ialah Jalaluddin As-Sayuti yang memiliki kepakaran juga di dalam bidang ilmu hadis, fekah, tafsir dan ulum Al-Quran. Ibnu Manzur pengarang Mukjam "Lisan Al-Arab" dan Az-Zubaidi pengarang "Mukjam Tajul Arus", Al-Maqrizi, Ibnu Hisyam, Ibnu Hajar dan sebagainya.

- Di dalam bidang kedoktoran pula, di antara ulama yang terkenal ialah Daud Al-Antaki dan Muwaffakuddin Abu Nasr yang terkenal dengan gelaran Ibnu Al-Ain Az-Zarbi.

- Tidak ketinggalan juga ramai ulama yang terkenal di dalam bidang Matematik dan kejuruteraan seperti Ibnu Al-Hitham di mana beliau adalah seorang tokoh fizik dan optik serta Ibnu Yunus dalam bidang Ilmu Falak.

1 Comments:

Blogger Unknown said...

Assalamualaikum.. nak tanya, boleh bagi link/nama buku2 yang menyebut mengenai fakta2 di atas? terima kasih in advance :)

1:03 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home