Wednesday, August 17, 2005

Qairawan

Lokasi Geografinya:
- Qairawan terletak di Tunisia sejauh 156 km dari bandar Tunisia.
- Perkataan Qairawan adalah berasal dari perkataan Parsi yang dimasukkan ke dalam bahasa Arab. Ia bererti "tempat menyimpan senjata", "tempat perhentian tentera", "masa kafilah berehat" atau "tempat orang ramai berkumpul pada waktu perang".
- Uqbah bin Nafi' r.a telah berusaha membangunkan bandar Qairawan pada tahun 50 Hijrah. Tujuan ia dibangunkan ialah supaya umat Islam boleh tinggal menetap di sana kerana beliau merasa bimbang sekiranya umat Islam dari kalangan bangsa Arab pulang ke tanah air mereka, penduduk Afrika akan kembali menganut agama asal mereka.
- Uqbah bin Nafi' memilih lokasi geografinya berdasarkan strategi kedudukannya yang jelas di mana beliau pernah berkata kepada para sahabat beliau: "Sesungguhnya penduduk negeri ini adalah merupakan suatu kaum yang tidak bermoral di mana apabila mereka terasa tertekan kerana takut kepada senjata, mereka akan memeluk Islam. Tetapi apabila umat Islam pulang ke tanah air masing-masing meninggalkan mereka, mereka kembali berpegang kepada adat dan agama asal mereka. Walau bagaimanapun aku tidak berpendapat bahawa umat Islam perlu tinggal bersama dengan mereka, tetapi aku berpendapat bahawa aku perlu membangunkan sebuah bandar di sini sebagai tempat tinggal umat Islam yang terdiri dari kalangan penduduk tempatan." Lalu para sahabat beliau bersetuju dengan pendapat tersebut.
- Pembangunan bandar Qairawan dianggap sebagai permulaan sejarah ketamadunan Arab Islam di Moroko Arab. Bandar Qairawan telah memainkan dua peranan penting di dalam satu masa iaitu: Jihad dan dakwah. Peranan tersebut terlaksana di mana ketika tentera Islam keluar dari bandar ini untuk berperang dan membuat pembukaan kawasan Islam, golongan fukaha' pula keluar darinya ke seluruh pelusuk negara untuk mengajar bahasa Arab dan menyebarkan agama Islam.

Uqbah bin Nafi' berdoa untuk Qairawan:
- Di antara prihatin Uqbah bin Nafi' terhadap bandar Qairawan dan penghormatan beliau terhadap bandar tersebut, sebaik sahaja bandar tersebut selesai dibina, beliau mengumpulkan para sahabat beliau dan anggota tentera kemudian beliau mengelilingi bandar Qairawan bersama-sama dengan mereka seterusnya beliau menghadap ke arab bandar tersebut lalu berdoa dengan membaca.

Yang bermaksud: Ya Allah! Limpahkanlah bandar ini dengan ilmu pengetahuan dan fekah. Makmurkanlah bandar ini dengan orang-orang yang taat dan sentiasa beribadat kepada-Mu. Jadikanlah bandar ini sebagai suatu kemegahan bagi agama-Mu dan penghinaan bagi sesiapa yang kufur kepada-Mu serta tinggikanlah kedudukan Islam dengan bandar ini.

Barbar terpengaruh dengan Uqbah bin Nafi':
- Suatu perkara yang patut dinyatakan ialah ketika penduduk Barbar melihat Uqbah bin Nafi' r.a sendiri yang membangunkan bandar Qairawan, mereka mula terpengaruh dengan peribadi keagamaan beliau lebih-lebih lagi apabila mereka melihat dedikasi beliau kerana memperjuangkan Islam menyebabkan sejumlah besar dari kalangan mereka memeluk Islam melalui Uqbah, kemudian mereka bergabung ke dalam pasukan tentera. Selain dari itu bandar ini juga mempunyai kedudukan keagamaan yang sangat tinggi pada pandangan umat Islam di mana mereka menganggap bandar Qairawan adalah sebagai bandar suci yang tidak boleh dimasuki oleh orang-orang bukan Islam.

Mercu tanda Qairawan:
- Masjid Qairawan yang dibina oleh Uqbah bin Nafi' ketika membangunkan bandar ini adalah merupakan salah satu di antara mercu tanda terpenting di dalam lembaran sejarah. Di samping itu ia juga dianggap sebagai salah sebuah masjid Moroko Islam yang tertua serta sebagai sumber utama yang mengilhamkan pembinaan bangunan Moroko dan Andalusia yang berunsurkan kesenian dekorasi dan kesenian binaan. Selain dari itu masjid ini juga merupakan sebuah tempat untuk mengadakan majlis-majlis pengajian agama, ilmu pengetahuan dan bahasa yang berjaya melahirkan tokoh-tokoh ulama pilihan yang terkemuka pada masa tersebut.
- Di samping itu didirikan juga perpustakaan awam di seluruh masjid dan sekolah. Setelah itu bandar Qairawan menjadi bertambah besar sehingalah ia muncul sebagai salah sebuah bandar Moroko Arab yang terkemuka yang mampu mengikuti arus perkembangan zaman.

Qairawan merupakan pusat perkembangan ilmu dan agama:
- Qairawan adalah merupakan pusat ilmu pertama di Moroko kemudian disusuli dengan Cordoba di Andalusia seterusnya Fez di Moroko jauh.
- Qairawan mempunyai peranan yang sangat besar di dalam menyebarkan dan mengajar ilmu agama sejajar dengan dasar yang dilaung-laungkan di dalam pembangunan bandar ini yang mengharapkan semoga ia mampu memberi hidayat petunjuk kepada umat manusia supaya memeluk Islam kemudian berkembang ke seluruh Afrika.

Umar bin Abdul Aziz menghantar utusan ilmu dari kalangan Tabiin ke Qairawan:
- Pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi yang soleh, Umar bin Abdul Aziz (99 Hijrah - 151 Hijrah), Khalifah bercadang ingin meningkatkan tahap pengetahuan penduduk Moroko dan mengajar pengetahuan agama mereka. Lalu beliau menjadikan Qairawan sebagai sebuah pusat untuk delegasi ilmu yang terdiri dari sepuluh orang ulama dari kalangan tabiin, kemudian beliau menghantar mereka ke Afrika di mana mereka hanya memberi penumpuan di dalam mengajar pengetahuan agama kepada penduduk Qairawan.

Di antara tokoh-tokoh Qairawan:
- Di antara tokoh-tokoh Qairawan ialah Imam Sahnun bin Said, murid kepada Imam Malik pengarang kitab Al-Mudawwanah yang memainkan peranan penting di dalam mengkodifikasikan Mazhab Maliki. Selain daripadanya ialah Imam Abu Zaid Al-Qairawani, Yahya bin Salamah Al-Basriy dan di antara ulama yang terkenal di dalam bidang kedoktoran ialah keluarga Ibnu Al-Jazzar.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home