Iskandariah
Lokasi Geografinya:
- Bandar Iskandariah terletak di garisan lintang 31° ke utara.
- Bandar Iskandariah muncul sebagai bandar kedua terbesar di Mesir dan pelabuhan Iskandariah adalah merupakan pelabuhan pertama di Mesir serta pelabuhan terpenting di Laut Mediterranean, tempat persinggahan kapal-kapal dari seluruh pelusuk dunia.
- Bandar Iskandariah telah dibina oleh Raja Mecedonia yang bernama Iskandar Agung pada tahun 332 Sebelum Masihi di mana pada masa tersebut ia merupakan ibu negara Mesir sebelum berlaku pembukaan kawasan Islam.
Pembukaan kawasan Islam:
- Islam berjaya masuk ke Iskandariah pada zaman pemerintahan Khalifah Ar-Rasyid Umar bin Al-Khattab r.a di bawah pimpinan Amru bin Al-As pada tahun 20 Hijrah.
- Selepas berlaku permbukaan kawasan Islam, Iskandariah masih lagi mengekalkan perancangan bandarnya sebagaimana perancangan yang lama di mana jalan yang lurus di lintang dengan jalan-jalan yang melintang sehingga membentuk seolah-olah papan catur.
- Setelah itu Iskandariah menyaksikan zaman baru iaitu zaman kemajuan dan kegemilangan pada pertengahan kedua kurun ketiga Hijrah / kurun kesembilan Masihi.
Kedudukan Iskandariah:
- Pada zaman pemerintahan kerajaan Fatimiah, pelabuhan Iskandariah menjadi pangkalan armada tentera laut mereka yang berada di Laut Medditerranean.
- Manakala pada zaman pemerintahan kerajaan Al-Ayyubi pula, Salahuddin memberi perhatian penting kepada Iskandariah di mana beliau mula membina sekolah, tempat-tempat kawalan, membuat benteng dan memperbaiki tembok-tembok yang terdapat di sana.
- Kemudian tiba pula zaman pemerintahan kerajaan Mamalik di mana zaman pemerintahan mereka adalah merupakan zaman keemasan bagi Iskandariah di mana ia dapat menjangkau ke kemuncak pembangunan kerana Raja-raja dan Sultan-sultan memberikan perhatian serius terhadapnya.
- Pada zaman pemerintahan kerajaan Mamalik Syarakisah, Iskandariah meraih kejayaan yang sangat besar kerana mendapat perhatian dari Sultan-sultan Syarakisah terutamanya Sultan Barquq Al-Asyraf Bresbay.
- Setelah itu kedudukan ekonomi pelabuhan Iskandariah semakin merosot terutamanya selepas orang-orang Portugis menemui jalan melalui Tanjung Harapan yang terletak di Cape Town di Afrika Selatan pada tahun 892 Hijrah.
Tokoh-tokoh terkemuka Iskandariah:
- Suatu ketika dahulu Iskandariah telah terkenal dengan beberapa orang ulama di dalam pelbagai bidang ilmu sama ada pada zaman sebelum pembukaan kawasan Islam atau selepasnya.
Ulama-ulama tersebut seperti Yahya An-Nahwi yang dikenali dengan Gramatikus, Arepasius, Magnes, Foles yang dikenali dengan Al-Qawabili, Al-Kannani, Plython As-Sakandari, Meryanus, Al-Allamah Ibnu Abi Matar, Ibnu Ibad Al-Iskandarani, Ibnu Al-Fiham Al-Muqri', Ibnu Al-Hamsyi, Ibnu Ata'illah As-Sakandari, Ibnu Al-Qasim An-Nuwairi, Ibnu Al-Munir, Tajuddin Al-Fakahani, Al-Lakhmi dan sebagainya.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home