Wednesday, August 17, 2005

Cordoba

Lokasi Geografinya:

- Bandar Cordoba merupakan salah sebuah bandar Andalusia yang terletak di sebelah barat Sepanyol.
- Cordoba berada di sepanjang tebing sungai Guadalquivir.#- Cordoba adalah merupakan bandar binaan lama Iberia yang bernama Iberi Baht kemudian nama tersebut menjadi Cordoba di dalam bahasa Arab.

Sejarah Cordoba:
- Cordoba diasaskan pada zaman pemerintahan Rom di Guadalquivir dan kemasyhurannya tersebar semenjak berlaku pertembungan di antara Cortajinah dan Rom.

- Cordoba pernah dikuasai oleh pemerintah Rom yang bernama Lotheo, kemudian ia dijadikan sebagai ibu negara Meridional Sepanyol pada tahun 169 Sebelum Masihi dan bermula tarikh tersebut Cordoba berada di dalam kuasa pemerintahan Empaya Rom.

- Pada kurun pertama Masihi, panglima Empayar Rom yang bernama Julius Caesar berjaya merampas Cordoba pada tahun 45 Masihi selepas pertempuran Manda. Selepas beberapa ketika Cordoba menjadi salah satu dari empat buah pusat pemerintahan di Sepanyol Selatan di samping Cadiz, Seville dan Astorga.

- Ketika Fendal, Sawaf dan Alan memerangi semenanjung Iberia pada tahun 409 Masihi, Cordoba terus berada di bawah kekuasaan Bizantium sehinggalah Raja Westgoten merampasnya pada tahun 568 Masihi.

Pembukaan Kawasan Islam:
- Islam masuk ke Cordoba pada tahun 93 Hijrah / 711 Masihi di bawah pimpinan Tariq bin Ziad yang memimpin angkatan tentera Islam untuk membuka Andalusia. Pembukaan Andalusia dapat dilakukan dengan mudah di mana Tariq bin Ziad menghantar panglimanya yang bernama Mughith Ar-Rumi ke Cordoba bersama dengan 700 orang pasukan berkuda.Mereka menghala ke arah bandar tersebut pada waktu malam dan berjaya memasuki ke dalam temboknya kemudian mereka membuka pintu tembok tersebut supaya tentera Islam dapat masuk sehingga akhirnya Cordoba berjaya dibuka.Bermula dari saat itu Cordoba menjadi bandar Islam Sepanyol.

- Pemimpin-pemimpin Andalusia tinggal menetap di sana selama hampir tiga kurun sehinggalah berlaku kejatuhan Khilafah Islamiah di Andalusia.

- As-Samah bin Malik Al-Khaulani adalah merupakan tokoh yang membangunkan dan mengembangkan bandar Cordoba sehingga ia menjadi salah sebuah bandar terbesar.

Cordoba merupakan pusat perkembangan ilmu, pengetahuan, kesenian dan kesusasteraan:
- Abdul Rahman Ad-Dakhil menjadikan Cordoba sebagai sebuah pusat perkembangan ilmu, pengetahuan, kesenian dan kesusasteraan di seluruh Eropah. Beliau telah berusaha menjemput ahli fekah, alim ulama, ahli falsafah dan ahli syair supaya pergi ke sana.

- Pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Rahman An-Nasir dan pada zaman pemerintahan anak beliau Al-Hakam, Cordoba telah berjaya sampai ke peringkat kemewahan dan kekayaan yang belum pernah dicapai sebelumnya menyebabkan Cordoba pada masa tersebut mampu bersaing dengan Baghdad sebagai ibu negara kerajaan Abbasiah,

Constantinople sebagai ibu negara kerajaan Bezantium dan Kaherah sebagai ibu negara pemerintahan kerajaan Fatimiah. Duta-duta besar Cordoba telah dihantarkan sehingga ke negara-negara yang terlalu jauh seperti ke India dan Cina manakala duta-duta asing juga turut dihantar ke sana secara berperingkat seperti duta besar dari Empayar Bezantium dan Jerman, Raja-raja dari negara Perancis dan Itali, raja-raja lain di Eropah dan Sepanyol Utara, pemimpin-pemimpin Barbar serta kabilah-kabilah Afrika yang lain.

- Cordoba terus menikmati pencapaian tersebut berbanding dengan bandar-bandar lain pada masa itu sehinggalah berlaku kejatuhan Khilafah Umawiyyah pada tahun 404 Hijrah / 1013 Masihi.

Mercu tanda Cordoba:
- Universiti Cordoba yang diasaskan oleh Abdul Rahman III di sebelah Masjid Besar adalah merupakan salah satu di antara Yayasan Pengetahuan yang paling terkemuka pada masa itu. Gerakan pendidikan di Cordoba telah berjaya mencapai kemuncak kejayaan pada zaman pemerintahan Al-Hakam Al-Muntasir yang menguasai pelbagai bidang ilmu dan pengetahuan sehingga beliau digelarkan dengan Khalifah yang alim.

Tokoh-tokoh terkemuka Cordoba:
- Di Cordoba, ramai di kalangan ulama Islam yang terkenal di dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan seperti Ibnu Hazmi, Qurtubi, Ibnu Rusydi, Az-Zahrawi, Ibnu Wafid, Ibnu Jaljal, Al-Ghafiqi, Al-Idrisi, Ibnu Abbas bin Farnas dan sebagainya

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home